slrmyapi.org Terms

1. Pengenalan

Terma dan Syarat ini ("Terma") tertakluk pada penggunaan perkhidmatan Social Media Marketing (SMM), Various Game Reload atau apa jua ("Perkhidmatan") yang disediakan oleh SKY LEGACY RESOURCES MALAYSIA (SLRMYSHOP) 202303013603 (NS0278811-U).

Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda ("Pengguna") bersetuju untuk mematuhi Terma ini. Jika tidak bersetuju, anda tidak dibenarkan menggunakan Perkhidmatan ini.

2. Penggunaan Perkhidmatan

[ Kelayakan ] Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pengguna tanpa mengira umur. Kebenaran ibu bapa atau penjaga mungkin diperlukan bagi pengguna bawah umur.

[ Pendaftaran Akaun ] Pengguna mungkin perlu daftar akaun. Anda bertanggungjawab atas keselamatan maklumat akaun anda.

[ Had Penggunaan ] Gunakan Perkhidmatan dengan cara yang sah sahaja. Aktiviti penipuan atau menyalahi undang-undang tidak dibenarkan.

3. Pembayaran dan Bayaran

[ Yuran Perkhidmatan ] Sesetengah perkhidmatan mungkin dikenakan bayaran. Yuran akan dinyatakan dengan jelas sebelum sebarang transaksi dibuat.

[ Pembayaran ] Pembayaran dilakukan melalui saluran yang kami sediakan. Semua pembayaran adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam polisi kami.

4. Tanggungjawab Pengguna

[ Maklumat Akaun ] Pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat akaun dan kata laluan mereka. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang akses tanpa kebenaran.

[ Penggunaan Yang Tidak Sah ] Sebarang penggunaan automatik seperti bot, skrip, atau teknik lain untuk manipulasi perkhidmatan (cth: tambah pengikut, like, komen) adalah dilarang.

5. Polisi Privasi

Kami komited dalam melindungi data peribadi anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Privasi kami.

6. Penamatan Perkhidmatan

6.1 Penamatan oleh Pengguna: Pengguna boleh menghentikan penggunaan Perkhidmatan bila-bila masa dengan makluman kepada kami. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

6.2 Penamatan oleh Kami: Kami berhak menamatkan atau menggantung akaun tanpa notis atas sebarang pelanggaran Terma. Tiada bayaran balik akan diberikan jika penamatan berpunca daripada pelanggaran ini.

7. Tanggungjawab dan Liabiliti

7.1 Penafian Liabiliti: Perkhidmatan disediakan "seadanya" tanpa sebarang jaminan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan akibat penggunaannya.

7.2 Had Liabiliti: Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan data, gangguan sistem, atau sebarang kerosakan tidak langsung yang lain.

8. Perubahan Terma dan Syarat

Kami berhak mengubah atau mengemaskini Terma ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web atau emel. Penggunaan berterusan selepas perubahan menunjukkan penerimaan anda.

9. Hubungi Kami

Jika anda ada soalan atau kebimbangan mengenai Terma ini, sila hubungi kami melalui emel contact@slrmyapi.org atau lawati halaman Hubungi Kami.

10. Perjanjian Penggunaan Perkhidmatan MIDMAN SLRMY

Dengan ini, anda sebagai Penjual dan Pembeli, bersetuju untuk melaksanakan urus niaga ini melalui perkhidmatan MIDMAN SLRMY.

[ Makluman Penting ]
MIDMAN SLRMY tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pengurusan akaun, penyelesaian isu berkaitan akaun, atau sebarang perkara lain yang berada di luar skop perkhidmatan kami. Segala kecuaian, kesilapan, dan tanggungjawab berkaitan urus niaga ini adalah di bawah tanggungan penuh Penjual dan Pembeli.

Peranan MIDMAN SLRMY adalah semata-mata sebagai pemegang sementara dana pembayaran daripada Pembeli, yang akan diserahkan kepada Penjual setelah urus niaga disahkan selesai oleh kedua-dua pihak.

Sekiranya anda bersetuju dengan terma ini, sila sahkan persetujuan dengan membalas:
"YA"

11. Pengesahan Transaksi Pembayaran

Setiap transaksi pembayaran yang dilakukan melalui platform ini mesti disertakan dengan bukti pembayaran yang sah dalam bentuk screenshot resit pemindahan wang atau bukti transaksi rasmi daripada penyedia perkhidmatan kewangan.

[ Makluman Penting ]
Bukti pembayaran (screenshot) mestilah jelas, mengandungi butiran lengkap seperti nama pengirim, jumlah pembayaran, tarikh dan masa transaksi, serta nombor rujukan. Kegagalan untuk mengemukakan bukti ini akan menyebabkan transaksi ditangguhkan atau dibatalkan.

Pengesahan akan dilakukan oleh pihak pengurusan dalam tempoh maksima 24 jam selepas bukti diterima. Dalam tempoh ini, Pembeli diminta untuk tidak membuat sebarang tuntutan tambahan sehingga proses pengesahan selesai.

Sebarang cubaan mengemukakan bukti pembayaran palsu atau diubah suai akan dianggap sebagai pelanggaran serius dan boleh menyebabkan akaun disenaraihitamkan serta tindakan lanjut diambil.

12. Hak Cipta dan Harta Intelek

Hak Cipta Terpelihara:
Semua kandungan, struktur sistem, kod perisian, rekabentuk antaramuka, dan dokumentasi yang terdapat dalam sistem ini adalah hak milik eksklusif pihak pengurusan dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.

[ Larangan Penggunaan Semula ]
Dilarang keras menyalin, mengubah, mengedar, atau menggunakan semula mana-mana bahagian sistem ini tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang sah. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada skrip, reka bentuk grafik, pangkalan data, dan kandungan teks.

[ Tindakan Undang-Undang ]
Sebarang pelanggaran terhadap hak cipta atau cubaan menggunakan sistem tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman mengikut perundangan yang berkuat kuasa di Malaysia.

13. Penyertaan SlrmyTrading

Dengan menyertai pelaburan melalui SlrmyTrading, "anda" "awak" "kamu" "kau" secara langsung telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat berikut. Pastikan anda membaca dan memahami kandungan ini sebelum membuat sebarang deposit.

[ Pengenalan ]
SlrmyTrading ialah platform yang menawarkan pulangan bulanan tetap kepada peserta berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan.

[ Struktur Pelaburan ]
Peserta akan membuat deposit mengikut jumlah yang dipersetujui (contoh: RM50, RM100, RM150, RM200). Pulangan bulanan adalah tetap dan akan dimaklumkan semasa permulaan. Pulangan diberikan pada setiap [tarikh tetap setiap bulan].

[ Risiko & Jaminan ]
Pelaburan ini tidak dijamin oleh mana-mana institusi kewangan. SlrmyTrading akan berusaha memastikan pembayaran keuntungan dibuat secara konsisten. Walau bagaimanapun, risiko kerugian masih wujud dan peserta perlu memahami risiko sebelum menyertai.

[ Polisi Modal ]
Setiap deposit yang dibuat adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan. Modal dianggap sebagai “komitmen penyertaan” dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan pelaburan. Tiada bayaran balik penuh atau separa untuk sebarang sebab.

[ Penafian ]
SlrmyTrading tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat faktor luar seperti turun naik pasaran, isu teknikal, atau keadaan luar jangka. Peserta bersetuju ini adalah pelaburan jangka panjang dan bukan skim cepat kaya.

[ Kematian Pengurus / Penamatan Operasi ]
Sekiranya berlaku kematian atau ketidakupayaan kekal pengurus (SlrmyTrading), semua aktiviti pelaburan akan dihentikan serta-merta. Pulangan bulanan akan dihentikan, dan tiada tuntutan balik modal akan dilayan kerana semua pelaburan dianggap hangus mengikut syarat diatas. Tiada waris atau pihak ketiga dibenarkan meneruskan sistem ini kecuali dimaklumkan secara rasmi sebelumnya. Peserta mengakui dan bersetuju bahawa risiko ini adalah sebahagian daripada keputusan mereka menyertai SlrmyTrading.

14. Terma & Syarat Booster Social Media

Dengan menggunakan perkhidmatan Booster Social Media daripada SlrmyShop, "anda", "awak", atau "pengguna" secara langsung bersetuju dan faham dengan terma dan syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum membuat sebarang pembayaran.

[ Pengenalan ]
Booster Social Media ialah perkhidmatan yang ditawarkan oleh SlrmyShop untuk meningkatkan jumlah pengikut, tontonan, suka (likes), komen atau sebarang interaksi di platform sosial media seperti Instagram, TikTok, Facebook, dan sebagainya.

[ Jenis Perkhidmatan ]
Kami menawarkan pelbagai pakej booster berdasarkan permintaan seperti : - Booster Follower (Pengikut) - Booster Like & View (Suka dan Tontonan) - Booster Engagement (Komen & Interaksi) Setiap tempahan akan diproses dalam tempoh 24-72 jam bergantung kepada jenis perkhidmatan dan beban sistem semasa.

[ Polisi Bayaran ]
Semua bayaran yang dibuat adalah MUKTAMAD. Tiada bayaran balik akan diberikan selepas tempahan dibuat kecuali kesalahan datang dari pihak kami. Pembayaran dianggap sebagai pengesahan tempahan.

[ Polisi Penghantaran ]
Booster akan dihantar secara automatik atau manual bergantung kepada pakej. Sebarang penurunan (drop) selepas booster dihantar tidak dijamin kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam pakej yang dipilih.

[ Risiko & Penafian ]
SlrmyShop tidak bertanggungjawab sekiranya akaun pengguna dikenakan sekatan, shadowban, disekat atau dipadam oleh platform sosial media. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko penggunaan booster. Kami tidak menggalakkan penggunaan untuk akaun rasmi, bisnes penting atau akaun dengan nilai komersial tinggi tanpa pengetahuan lanjut.

[ Kebenaran Akses Akaun ]
Kami tidak akan meminta sebarang kata laluan akaun anda. Jika ada pihak yang mengaku dari kami dan meminta akses penuh, sila abaikan dan laporkan segera kepada kami.

[ Sokongan & Tindak Balas ]
Segala pertanyaan atau aduan hendaklah dilakukan melalui saluran rasmi seperti WhatsApp, Telegram, atau emel yang disediakan. Kami akan membalas dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

[ Penamatan Perkhidmatan ]
SlrmyShop berhak untuk menamatkan atau menolak sebarang tempahan tanpa perlu memberi sebab sekiranya didapati melanggar polisi, etika, atau disalahgunakan untuk tujuan tidak sah.

[ Pengubahsuaian Terma ]
Terma dan syarat ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Pengguna disarankan untuk menyemak semula sebelum membuat tempahan terbaru.

15. Terma & Syarat Semasa Proses Booster Social

Untuk memastikan proses booster berjalan lancar dan hasil yang optimum, pelanggan WAJIB mematuhi perkara-perkara berikut sepanjang tempoh servis :
1. Akaun mestilah dalam keadaan awam (public) — akaun yang ditetapkan kepada peribadi (private) akan menyebabkan proses terbatal serta-merta.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya satu video aktif yang telah dimuat naik sebelum servis dimulakan.
3. Dilarang menukar nama pengguna (username) selepas maklumat akaun diberikan.
4. Dilarang memadam atau menetapkan mana-mana video kepada mod peribadi (private) sepanjang tempoh servis.
5. Dilarang memadam akaun TikTok sepanjang proses berjalan.
6. Dilarang menukar kata laluan atau log keluar dari semua peranti secara paksa, kerana ini boleh mengganggu akses sistem booster (jika perlu akses).
7. Dilarang menyalahgunakan servis booster untuk kandungan berunsur sensitif seperti lucah, kebencian, penipuan, atau sebarang kandungan yang melanggar garis panduan komuniti TikTok.
8. Pihak penyedia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan atau sekatan daripada pihak TikTok akibat pelanggaran terma dan syarat pihak Sosial Media sendiri.
9. Tiada jaminan untuk kekal viral atau peningkatan berterusan selepas servis selesai, hasil bergantung kepada algoritma semasa dan kualiti kandungan.

Kegagalan mematuhi mana-mana peraturan di atas boleh menyebabkan servis dihentikan serta-merta tanpa notis dan tanpa sebarang pampasan.